
![]() ![]() ![]() Kata Kata Hikmah ![]() ![]()
| FINAL>> THE TIPS<< FIGHTING U ALLS
- Man Jadda Wa Jadda-
" sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya
Assalamu’alaikum semua. Harap anda semua hari ini sihat sentiasa dan bahagia selalu.Lama kan aku tak update blog..(huahahahah) ..Disebabkan study week untuk semester pertama aku semakin menghampiri , so aku nak cerita sikit lah pengalaman aku belajar sepanjang semester ini Jika nak dibandingkan dengan belajar semasa matrikulasi dan degree, belajar matriklebih senang dan mudah nak score berbanding dgan degree ni. Degree ni susah sikit disebabkan cara pembelajaran yang lebih bebas Bagi sesetengah pelajar, peralihan dari matrik ke ijazah memberi banyak cabaran kepada mereka. Ini mungkin disebabkan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah ini lambat bagi sesetengah pelajar tetapi tidak bagi sesetengah yang laen. Aku rasa aku ni kategori orang yang jenis lambat sikit nak adapt kepada persekitaran yang baru.Sebab itu aku rasa sem pertama mencabar sedikit bagiku. Aku punya academic pun macam menurun banyak ja sem ni. Okay,aku nak masuk je terus ke teknik dan cara belajar yang berkesan dekat universiti ni. Ini semua berdasarkan pengalaman aku sepanjang sem ni. Cara belajar yang pertama ialah buat persedian yang rapi.Persedian di sini merangkumi persedian sebelum masuk ke kelas dan persediaan untuk menjawab peperiksaan. Persediaan dalam setiap perkara ini penting kerana supaya kita dapat jalankan setiap perkara itu dengan betul,sistematik dan pantas.Persedian selalu dikaitkan dengan awal dan bukan akhir,kenapa? Ini kerana persedian di awal waktu memberi masa yang banyak untuk kita bersedia selengkap-lengkapnya. Persedian sebelum ke kelas ialah seperti datang awal dan baca dahulu topik yang akan diajar didalam kelas nanti.Benda ini sangat penting kerana ia memudahkan kita punya pemahaman di dalam kelas nanti. Ia jgak membantu kita mengingat apa yang diajar di dalam kelas.Perumpamaan orang yang tak membaca topik dahulu yang akan diajar ke kelas adalah seperti pemuda yang tak membaca peta dahulu sebelum pergi ke tempat yang dia tak pernah pergi. Ini sangat berbahaya kpada pemuda itu kerana dia boleh sesat atau lambat sampai ke tempat itu.Samalah dngan pelajar, kita boleh tersalah faham apa yg diajar atau lambat nak faham. Persedian awal sebelum peperiksaan bermula sejak di awal semester lagi. Setiap subject yang diajar harus diulangkaji dalam yang masa terdekat dan selalu baca berulang kali untuk mengelak daripada ilmu itu hilang. Manusia ini selalu lupa, oleh itu dengan cara mengulang kaji selepas selesai kuliah dan mengulang membaca secara tetap dapat membantu maklumat disimpan didalam kita punya long term memory. Selain dari persedian di atas kita juga perlu beri sepenuh perhatian di dalam kelas. Menerusi pemerhatian saya. orang yang pandai ini mereka memberi perhatian spenuhnya di dalam kelas bermula dari minit pertama hingga minit terakhir.Seterusnya, kita harus ada kemahiran mencatit nota di dalam kelas. Nota kita haruslah nampak ringkas dan dapat difahami. Nota ini dapat membantu kita untuk membuat ulang kaji slelepas kelas dan sejam terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan. Tip yang terakhir ialah buat study group dan hormati lecturer. Study group ini sangat digalakkan. Ini kerana semasa study grouplah inilah kita dapat memantapkan kita punya pemahaman dan dapat berkongsi ilmu. Di dalam kelas mungkin kita tak faham sesuatu topik dan kawan kita faham topik itu. Jadi, dengan study group kawan kita dapat ajar kita.Selain itu, bila kita mengajar rakan,kita akan lebih ingat ilmu itu. Hormati guru juga sangat penting kerana keberkatan ilmu terletak pada hubungan kita dengan guru. Lagipun,bila kita rapat dengan lecture ni, senang la sikit nak jawab exam nanti.Haha….. Itu sahaja tips dan cara belajar yang saya rasa penting untuk semua students tahu.Sebarang penambahan amat digalakkan.Saya juga berharap,tips dan cara belajar diatas dapat saya amalkan di semester hadapan untuk dapat result yang gempak.Okay sebelum saya tutup post, saya nak kongsikan satu tips yang paling penting iaitu sentiasa berdoa kepada Allah agar ilmu kita diberkati, mudahkan mengingat dan memahami ilmu serta ikhlas dalam menuntut ilmu.Sekian.
quote for study..Fighting u alls ...
|